Friday, November 11, 2011

LAPTOP USERS: BE AWARE!



A couple lost their 25 year old son in a fire at home on June 4th. The son who had graduated with MBA from the University of Wisconsin-Madison two weeks earlier had come home for a while. He had lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his hostel room. His father told him to wait, to meet his mother, before he went back for a few days. He decided to take a nap while waiting for his mom to come back from work. Some time later, their neighbor called 911 when they saw black smoke coming out of the house.
Unfortunately, the 25 years old died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by the laptop resting on the bed. When the laptop was on the bed, cooling fan did not get the air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed because he died of breathing in carbon monoxide.
The reason I am writing this to all of you is that I have seen many of us and also our sons & daughters using the laptop while in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. The risk is real. Let us make it a rule not to use the laptop on bed with blankets and pillows around. Please educate as many people as you can.
“Please pass to everyone you know, you might save one’s life”

Original posted by: Jerome force’s-fb

*This is just a short entry. But it's very important to know. Thanks for your reading.

Thursday, November 10, 2011

IMTIHAN: Sudahkah Kita Bersedia??



Assalamua’laikum....


Apa khabar sahabatku? Semoga kalian sihat walafiat dan dalam jagaan-Nya.

Nampaknya, kita saling menghitung hari untuk menghadapi detik peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Waktu semakin berkurang, langsung tidak bertambah walau sesaat. Lantas menjadikan hati kita semakin diamuk resah yang tidak berkesudahan!


Ketahuilah, manusia itu tidak pernah tidak, perlu menghadapi ujian. Kerana itulah fitrah kita sebagai hamba-Nya.


Firman-Nya yang bermaksud;

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa (tahap). Dan singgahsana-Nya di atas air, kerana Dia hendak menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan jika kamu (Muhammad) mengatakan: “Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati”, nescaya orang-orang kafir itu akan berkata, “Ini tiada lain hanyalah sihir yang nyata”.

Surah Huud: 7


Kita sudah terlalu biasa mendengar perkataan ujian. Mana tidaknya, sering kali kita diuji. Bezanya cuma tahap ujian yang kita terima itu berat atau ringan. Dan penyudah bagi ujian itu adalah apabila kita berjaya atau sebaliknya menghadapi ujian itu.


Biasanya, ujian dari Allah itu tidak dapat kita duga kapan tibanya. Tapi kali ini, ujian ini, jelas tampak di mata kita bagaimana halnya. Telah dapat kita bayangkan saat-saat kita melaluinya. Jiwa kita teramat gelisah sekali dan paling dirasa debarnya adalah tatkala kita menduduki tempat yang tersedia untuk kita menjawab soalan-soalan yang juga telah siap tersedia untuk kita. Itulah dia yang bergelar peperiksaan yang juga dikenali sebagai exam atau imtihan.


Ujian jenis ini memang sudah terlalu sering kita laluinya. Namun, seperti kita maklum, tiap kali itu juga hati kita tidak keruan. Dan pada-Nya jua kita mohon ketenangan.


Kuatnya ‘aura’ exam. Sehingga kita mampu menguatkan mental dan fizikal kita dalam usaha mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Segalanya cuba kita korbankan, hanya untuk ganjaran yang bernama KEJAYAAN. Waktu tidur kita kurangkan. Waktu lepak bersama rakan kita tinggalkan. Waktu main atau bersembang tidak kita pedulikan. Waktu makan juga kadang-kadang kita abaikan.Akibatnya, hari-hari yang kita lalui tidak lagi seperti lazimnya. Jadual kita menjadi begitu padat dengan jadual ‘study’ yang begitu ‘fleksibel’ sekali. Hanya kerana EXAM yang KUNJUNG TIBA!


Tapi, hobi-hobi yang kita tinggalkan untuk seketika ini langsung tidak mengubah pendirian kita. Tekad kita langsung tidak goyah! Kerana kita saling tahu untuk apa perjuangan ini! Demi siapa kita redah badai ini!



Sahabat,

Mungkin ada lagi di antara kita yang tertanya-tanya untuk apa ujian yang bakal tiba nanti. Ketahuilah duhai sahabat, ujian itu bukanlah untuk mengetahui siapa yang paling hebat dalam kalangan kita tetapi untuk menguji mental dan fizikal kita dalam mempersiapkan diri kita di medan juang itu. Juga demi menuntut impian yang telah sekian lama kita angan-angankan.


Jika berjaya melepasi tahap ujian yang diberikan, maka bolehlah dikatakan kita telah berjaya dalam usaha menghadapi ujian tersebut. Namun, jika tidak, bukanlah bermakna kita gagal tapi Allah ingin kita berusaha dengan lebih gigih dalam menghadapinya. Ikhlaskanlah… Walau apa pun resultInya nanti…






Andai kejayan itu belum lagi milik kita, janganlah kecewa wahai sahabat.

Sesungguhnya,perancangan Allah itu Maha Besar dan lebih hebat daripada perancangan hamba-Nya.

Percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan usaha hamba-Nya. Anggaplah Allah menyimpan usaha-usaha kita untuk menganugerahi kita dengan kejayaan yang lebih besar. InsyaAllah…

Bila kamu diuji dan merasa terbeban. Ingatlah akan firman-Nya yang bermaksud:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Surah Al-Baqarah:286


“…Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.”

Surah Ath-Thalaq:7


Nah, sahabat, ujian itu tanda sayangnya Allah kepada kita. Tenangkan hati kita, lapangkan dada kita… Izinkan kasih-Nya menyirami jiwa kita….


wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Surah Al-Imran: 200


Sahabat,

Kita sama rasa… Dulu kita sama-sama kecewa… Tapi Alhamdulillah, Allah memberi izin untuk kita bangkit kembali. Lalu kita berdiri, memulakan langkah setapak demi setapak di sini. Akhirnya, bila kita yakin kukuhnya ‘titian’ yang sedang kita lalui, kita terus berlari. Berlari, berlari dan terus berlari tanpa ada hentinya lagi. Tahukah kita, Inilah nikmat yang Allah ingin berikan kepada kita? Sedarkah kita, kitalah hamba terpilih?


Sahabat,

Kita saling tahu. Di waktu-waktu genting begini, segala rasa berselirat. Apa yang kita baca tidak lagi seperti selalu. Semakin kita menelaah, semakin kita hilang arah. Mungkin kerana resah yang bersarang di hati kita terlalu tebal. Pelbagai persoalan menerjah minda kita hampir setiap ketika. Kita tertanya-tanya, ‘MAMPUKAH AKU?’ ‘MACAM MANA RESULT AKU NANTI?’ ‘BOLEH KE AKU DAPAT CEMERLANG?’ dan bermacam jenis soalan lagi berterbangan di lubuk fikir kita.


Katakanlah, ‘InsyaAllah’. Qul ‘InsyaAllah’ wahai para sahabat. Mintalah dengan-Nya, mohonlah, berdoalah kepada-Nya. Kerana sesungguhnya segalanya adalah milik-Nya jua, dan dengan izin-Nya jua kita bisa beroleh kejayaan. Maka sama-samalah kita bermohon kepada-Nya Yang Maha Memberi. Untuk itu, marilah kita sama-sama membaca doa di bawah ni.




Moga-moga semua yang telah kita pelajari, kita baca, kita hafal dan segala ilmu yang telah dicari dan diberi kepada kita akan dapat kita ingat dan guna sebaik-baiknya. Dan semoga segala ilmu yang ada pada kita, dapat kita manfaatkan bukan sahaja sampai di sini, tapi sampai bila-bila, hingga ke akhirnya... InsyaAllah...


Sahabat,

Walau apa pun rintangan yang bakal kita hadapi, walau setajam manapun onak duri yang bakal kita pijak nanti, walau sehebat mana pun dugaan yang menanti….. Kita teruslah tabahkan hati!! Semoga sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita harapkan muncul hasil usaha yang kita semai dengan benih impian, buahnya ialah kejayaan yang telah kita bajai dengan kesabaran. InsyaAllah…


Semoga Dia Yang Maha Mendengarkan memakbulkan doa-doa kita… Katakanlah “amin” para sahabatku, kerana doa-doa untuk kejayaan kita itu amat bermakna buat kita yang telah menanti untuk sekian lamanya…….


~TJ

10/11/2011

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada.

Tiada jualan murah.

Tiada lagu raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan syawal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah takbir. Di menara masjid, di suaru-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua satu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidiladha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya takbir, solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah hari raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.

Syukur pada-Mu ya Allah, Aidiladha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.


KEKURANGAN YANG SATU


Kekurangannya hanya pada yang satu.

Anak-anak tidak pulang ke desa.

Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.

Namun…

Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar dari dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidiladha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada Yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.

Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.

Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biarpun di Aidiladha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.

Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.


Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.


Justeru pada satu kekurangan di Aidiladha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.

Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.


Maafkan kami wahai ayah dan bonda.

Ampunkan kami wahai Tuhan Yang Maha Memaafkan.



By: Saifulislam