Sunday, October 30, 2011

Bertaqwalah Kepada-Nya

Hai anak Adam

Bertaqwalah kepada Allah

Tidak akan berguna lagi bagimu

segala yang kau miliki


Ikutilah apa yang diperintahkan kepadamu

Perbaikilah diri

dan tempuhilah jalan yang lurus

lakukanlah kebajikan selalu

di tengah-tengah kaummu

Beramal dan khusyuklah

Pada Yang di Atas


Jauhilah apa yang ditegah padamu

Dan jangan melakukan maksiat

Sesungguhnya

Celakalah orang yang bermaksiat


Jauhilah setiap dosa seboleh mungkin

Jadilah orang yang mempunyai harga diri

Bersabarlah jika ditimpa malapetaka


Bersyukurlah kepada Allah di setiap pagi dan petang

Jangan kau silau dengan nikmat kafir laknatullah

Mereka akan menjadi penghuni neraka

Pada hari berbangkit


Siapa tahu

Orang melarat malah lebih terkemuka

Dekat, dan diredhai Allah

Setiap orang akan diganjari

Sesuai dengan yang dikaryakannya


Entah baik sesat atau menyimpang

Allah janjikan bagi yang membangkang neraka

Dan seksa yang tulang-tulang diremuk-redam

Sementara ia siapkan syurga keabadian

Bagi yang takut kepada-Nya dan bertaqwa

Maka bertaqwalah kepada Allah

Agar kau menang dan selamat

Sesungguhnya janji Allah pasti akan ditepati

Friday, October 28, 2011

Sahabatku, Teruskan Perjuangan Kalian.

Sahabat, aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Sahabat, sesungguhnya tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabat…

Dengarkan wahai sahabat kerana engkaulah sahabatku.

Terima kasih atas persahabatan ini…


Sahabat…

Maafkan aku sahabat,

Aku lupa amanah ku,

Aku lupa akan tanggungjawabku,

Aku lupa…

Maafkan aku sahabat…

Aku terlalai dalam ukhuwwah ini…

Aku terlupa akan tujuan ikatan ukhuwwah ini,

Maka bantulah aku memperbetulkan apa yang perlu kita perbetulkan…

Sungguh ku tak ingin kita terlalu leka dalam bahagia ini…


Sahabat..

Kerana engkau adalah sahabatku,

Dan aku sahabatmu,

Ayuh sahabat,

Kita pulang pada-NYA,

Kita pulang pada seruan ILAHI,

Ayuh sahabatku,

Kita bersahabat pada jalan-Nya!!


Duhai sahabat yang sangat aku cintai…

Ketahuilah bahawasanya jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Terlalu banyak onak duri yang perlu kita pijak di sepanjang perjalanan ini. Jalan ini matlamatnya besar dan mengagumkan. Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Perjuangan yang berterusan dengan azam kuat perlu kita bayar sebagai maharnya… Ya, keperitan dalam usaha yang kita perjuangkan itulah nanti yang akan memberikan kita kemanisan yang berpanjangan jika segalanya ikhlas kerana Allah. Tapi janganlah pula kita terlalai dengan tanggungjawab kita kepada-Nya bila mana semangat kita terlalu utuh dalam perjuangan ini. Ingatlah sahabatku, perjuangan kita pada hari ini, di dunia ini adalah untuk kehidupan hari esok yang hakiki, yang kita sendiri belum pasti bagaimana kesudahannya.


Sahabat... Kita pernah gagal dalam melaksanakan misi dan visi kita. Tapi jangan sesekali kita jadikannya sebagai alasan yang bisa melunturkan semangat waja kita. Ayuh sahabat, kita teruskan perjuangan yang tersisa tanpa ada lelah yang bersarang di dada kita.


Sahabat… Biar sejuta manusia memandang hina kepada kita.. Asalkan langkah-langkah yang kita aturkan tidak pernah songsang dari aturan-Nya.


Ayuh, kita teruskan perjuangan kita menghirup nikmat ilmu-Nya yang kita raih! Sekalipun manusia memandang sesinis cuma terhadap perjuangan kita, hingga terkadang kita melemah sendiri, terasa rendahnya diri kita berbanding mereka yang ada di luar sana. Ayuh, kita perjuangkan misi dan visi kita! Kita yakinkan diri kita bahawa janji Allah itu pasti untuk hamba-hamba-Nya yang berusaha... Kita buktikan kepada mereka usaha kita tidak pernah sia-sia!!


Sahabatku, ketahuilah… Saidina Ali r.a sendiri telah berpesan "Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."


Lihat!! Lihatlah wahai para sahabatku!!

Ayuh kita terus melangkah!! Jangan pernah ada gentar kerana sesungguhnya kita sedang meniti pada titian yang benar.


Amanah ini untuk kita, sahabatku!! Amanah ini untuk orang seperti kalian!! Tulisanku ini bukanlah kerana aku ingin menggoyahkan semangat wajamu. Tidak sesekali! Tetapi sahabat, yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang berusaha bersungguh-sungguh hanya kerana-Nya, tanpa mengharapkan balasan dunia semata-mata. Aku ingin mengingatkanmu tentang kasih sayang dan rahmat-Nya terhadap hamba yang diredhai-Nya.


Dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 69 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”



Sahabat,
Tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau!!! Engkau dibina dengan tarbiyah, dihiasi keindahan akhlak kerana itu kau gah berdiri di tapak ini. Berjuang untuk menoktahkan perjuangan yang dimulakan dengan kejayaan. Biar siapa pun engkau, biar apa pun kata orang, kau teruslah menguatkan langkah menyusuri jalan ini... Aku yakin, kerana kau sahabatku.


Sahabat,
Tidak dapat aku janjikan kesenangan di sepanjang perjalanan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat yang layak untuk kita sandang di sini, kerana sesungguhnya kita saling tahu akan getir yang terpaksa kita telan di sepanjang perjuangan ini. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan ku berikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini. Akan aku bersama kau melangkah membawa azam dan impian dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerana kita saudara yang dipertemukan-Nya di sini, saling mencintai kerana-Nya.


Sungguh aku bersamamu,sahabat…

Kerana kaulah sahabatku…

~TJ

28/10/2011

Sunday, October 23, 2011

10 Surah Dapat Menghalang daripada 10 Ujian Besar Allah SWT

1- Surah al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yaasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


sumber: lelaki soleh idaman wanita solehah's (fb)


Sama-sama kita amalkan membaca surah ni... Semoga Allah melindungi kita dan memberi kemudahan kepada kita untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan-Nya.. InsyaAllah...

Friday, October 21, 2011

Assalamu'alaikum.

Sekadar mengisi kekosongan di sini dengan satu e-mail yang amat bermakna dari saudara Hilal Asyraf.


"Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semoga terus berada dalam rahmat Allah SWT.

Sekadar menghantar email ini kepada mereka yang telah register di website LangitIlahi.Com. Mengeratkan silaturrahim sambil mengajak untuk kita sama-sama muhasabah diri. ^^


Sama-samalah kita saudara-saudariku, melihat kembali keadaan kita. Mempersoalkan kepada jiwa-jiwa kita, apakah kita telah bergerak dan berusaha bersungguh-sungguh menjadi hambaNya. Ramai memberi alasan sukar. Nyata, jawapannya memang jalan menjadi hambaNya ini sukar. Tinggal, apakah kita hanya ingin menjadi pemberi alasan, bukannya pemberi jawapan?


Maka bergeraklah.


bermulalah kita dengan sedikit demi sedikit.

Kalau kita perokok tegar yang ketagih mneghabiskan 2 kotak rokok sahari. Kita mulakan dengan mengurangkan bilangan batang rokok kita. Buatlah target bulanan. sebulan tinggalkan 2 batang dan seterusnya.


Kalau kita orang yang selama ini tidak solat fardhu, atau sering melewat-lewatkannya, maka mulalah kita merancang untuk memperbaikinya. Buat target bulanan. Bulan ini nak selesaikan solat yang mana dahulu. Kemudian begitulah seterusnya.


Kalau kita selama ini sukar hendak membaca Al-Quran. Kadangkala sebulan tak sentuh Al-Quran. maka marilah kita buat target. Sebulan ini nak baca satu muka surat sehari. Bulan depan tambah satu muka surat lagi. Dan begitulah seterusnya.


Begitulah wahai saudara-saudari yang saya kasihi, berdikit-dikit mengubah diri.

Janganlah menganggap Islam itu berat. Sesungguhnya Islam itu ringan. Bahkan Allah itu kasih sayangNya luas. “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.” Surah Al-A’raf ayat 156.


Persoalannya, adakah kita telah mula bergerak menuju rahmat Allah yang luas itu? Atau kita sekadar berpeluk tubuh, alpa dan lalai, leka, dan akhirnya membiarkan diri kita kekal binasa?


Allah telah memberikan peluang dengan memberikan kita umur untuk bermuhasabah.


Marilah sama-sama kita melihat kembali kehidupan ini.

Bermulalah kita mengubah diri.

Mari Menjadi Hamba!"


InsyaAllah, semoga dengan peringatan-peringatan dari hamba yang dekat dengan Allah SWT, maka kita akan turut sama berusaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya, berusaha meningkatkan ketaqwaan, seterusnya berusaha untuk menjadi hamba yang taat kepada pencipta kita yang Maha Berkuasa atas segalanya.



Tuesday, October 18, 2011

Puisi Mereka sahabatku

Sabda Rasulullah SAW:


“Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah yang terbaik terhadap jirannya.”

(HR: Al-Hakim)


Dari Nu’man bin basyir r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”

(HR: Muslim)


“Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”

(HR: Muslim)


Kuhargai, kusayangi

Tiap sahabat yang hadir di lorong hidup ini

Maka terlahirlah puisi ini istimewa untuk mereka:


Fauzah binti Talib

Nor Ain binti Ramlee

Nur Najihah binti Jaafar

Nurul Hidayah binti Mat Adam

Tuan Nor Zahiah binti Tuan Ismail


Puisi Mereka sahabatku


Mereka sahabatku…

Di sini kami dipertemukan

Kerana impian yang kami genggam

Misi dan visi kami aturkan

Untuk menjadikan impi itu kenyataan


Mereka sahabatku…

Lebih 8 bulan kami bersama

Tautan hati terjalin kerana Allah semata

Semangat kami harapan semua

Mereguk ilmu demi ayah bonda


Mereka sahabatku…

Bersama mereka aku bahagia

Kala semangatku luntur

Mereka teguh menghulur

Memberi sokongan tiada hujungnya

Bukti kasih kami satu perjuangan

Bukan hanya satu gurauan


Mereka sahabatku…

Tak pernah membiarkan

Langkahanku tersasar dari sejadah iman

Sentiasa menegur ke arah kebaikan

Hanya kerana Tuhan



Mereka sahabatku…

Kami menganyam kasih persahabatan kala bersama

Menyulam rindu kala berjauhan

Menitip bait-bait pemahaman dalam permasalahan

Menasihati kala ada yang bungkam

Memberi kekuatan kala kesedihan

Menghulurkan tangan kala memerlukan


Mereka sahabatku…

Di sini cinta persahabatan kami terlahir

Menjalin sebuah tautan hati

Bersama azam yang kami genggam!!


Mereka sahabatku…

Teguh berdiri di medan ini

Takkan pernah berundur

Pabila langkah pertama diatur


Harapan kami penuh di dada

Moga impian kan jadi nyata

Redha Allah kami pinta

Agar ukhuwwah ini membawa ke Syurga


~Tinta Jiwa

Puisi Mereka Sahabatku

18/10/2011

Monday, October 17, 2011

Sentuhan Kasih Rabb

picture by: fb-photo album of Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah's


~Dengarkan bicara Tuhanmu~


Hambaku

menyombongkan diri terhadap-KU dengan

berbagai bentuk kemegahan,

padahal AKUlah yang melindungi mereka

di tempat tidur mereka…

AKU yang menciptakan,

namun yang disembah adalah selain-KU…

AKU yang memberi rezeki

Namun selain-KU yang disyukuri…


Kebaikan-KU sentiasa turun kepada

Para hamba,

Tetapi kejahatan mereka yang

naik kepada-KU…

Aku mencintai mereka dengan

memberikan mereka nikmat-nikmat-KU,

sedangkan AKU tidak memerlukan mereka…


Mereka memancing kemurkaan-KU

dengan berbagai kemaksiatan…

Padahal mereka adalah yang paling

perlu kepada-KU…

Sesiapa yang datang kepada-KU,

Maka dia akan KU jemput dari kejauhan…

Sesiapa yang berpaling dari-KU,

AKU akan memanggilnya dari kejauhan...


Sesiapa yang meninggalkan

Sesuatu demi AKU,

akan ku berikan kepadanya lebih dari cukup…

Sesiapa yang menginginkan

keredhaan-KU,

AKU pun menginginkan apa

yang diinginkannya…


Sesiapa yang bertindak dengan

bergantung pada daya

dan kekuatan-KU,

maka akan ku lunakkan besi baginya.

Dan sesiapa yang lebih

mementingkan AKU dari selain-KU,

AKU akan lebih mementingkannya

dari orang lain…


Orang yang mengerjakan maksiat,

tidak akan KU buat mereka

berputus asa dari rahmat-KU…

Jika mereka bertaubat kepada-KU,

maka AKU akan menjadi kekasih mereka

sebab AKU mencintai orang-orang

yang bertaubat dan mensucikan diri…


Kalau mereka tidak bertaubat

kepada-KU,

maka AKU akan bertindak sebagai

Doktor mereka;

Akan KU berikan cubaan kepada mereka

dengan berbagai musibah

untuk membersihkan mereka

dari berbagai aib…


Satu kebaikan di sisi-KU adalah

bernilai sepuluh kali ganda

yang sepertinya,

hingga tujuh ratus kali ganda,

hingga ke gandaan yang banyak sekali…

Sedangkan kejahatan di sisi-KU

adalah bernilai satu..


Maka jika ia menyesal

dan memohon ampun,

maka AKU pun mengampuninya…


AKU mensyukuri

amal kebajikan yang sedikit,

dan mengampuni

banyak kesalahan...

kasih sayang-KU

mendahului murka-KU…


Sifat penyantun-KU mendahului

keputusan-KU menjatuhkan hukuman…

Pemberian maaf-KU

Lebih mendahului siksaan-KU…

AKU lebih pengasih

kepada hamba-hamba-KU

daripada kasih sayang ibu

terhadap anaknya…


Duhai sahabat yang

Dikasihi ALLAH dan

Disayangi Nabi sekalian..

ALLAH ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:


jika mana-mana hamba-KU mentaati-KU, maka AKU redha kepadanya, bila AKU redha kepadanya maka akan AKU berkati seluruh hidupnya. sesungguhnya keberkatan-KU tiada penghujungnya dan jika hamba-KU melakukan maksiat kepada-KU, AKU marah kepadanya. Bila AKU marah kepadanya, maknanya AKU melaknatnya.