Monday, September 26, 2011

Segmen XX-Tra Followers


Jom join segmen tambah follower pulak ;-)

Nak tagkan beberapa orang member...
Aimie cakap tagkan 3 orang je, tapi tak pelah, TJ nk tag lebih =D


Boleh klik kat foto di atas
atau
klik saja di SINI untuk join.

Friday, September 23, 2011

Alahai.. Kenapa la serba tak kena rasanya ni. Forum kumpulan akhir hari Isnin ni dah. Debaran makin menjadi-jadi ni. Selera makan pun dah tertutup rasanya.

Makin diingat, makin tak boleh study. Rasa gugup menendang2 tangkai hati.

Buat-buat tak ingat pun tak menjadi. Masih jugak teringat!

Adus!! parah ni...

Tak de mood

Ya Allah, kenapa la mood study sebesar kuman pun tak de ni =(
Asyik goyang kaki je kerjanya.

Tak de mood atau sebenarnya memang TJ ni seorang yang malas?

Jawapan : Memang pemalas. (Buat apa-apa, selalu nak ikut mood je)

Ya Allah, tenangkan aku...
Hilangkan segala gundah yang singgah di hatiku....

~Tinta Jiwa

Sunday, September 11, 2011

Cinta Yang Belum Halal Tak Mungkin Diberkati

Assalamualaikum..

Apa khabar teman-teman? Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan Allah S.W.T, insyaAllah..

Alhamdulillah..
Syukur dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita terus menghirup nikmat-Nya yang ada di dunia ini. Semoga setiap apa yang kita reguk, dapat mendekatkan kita kepada-Nya... InsyaAllah...

Sebenarnya, TJ nak buat satu entry istimewa untuk sahabat TJ. TJ sayang dia. Sayang kerana Allah dan nak masuk syurga sama-sama. Sesekali takkan TJ biarkan dia patah hati terkontang-kanting seorang diri.

Malam tadi, TJ dapat satu SMS daripadanya bertanyakan khabar TJ. Selepas berbalas beberapa SMS, TJ dapat rasakan seperti ada sesuatu yang ingin diutarakan oleh beliau. Mengenai hati. Ya, HATI... Maksudnya di sini bukanlah TJ ni pandai bernujum, tapi disebabkan TJ cukup kenal dengan sikap sahabat yang seorang ni, maka TJ dapat menekanya lebih awal.

Selepas menerima beberapa mesej, barulah TJ faham yang sahabat seorang ni sedang makan hati berulam jantung dengan pasangan couplenya.

Paling menarik, SMSnya berbunyi lebih kurang begini:
"...Sblm trima dia, sy dh smbhyang hajat pinta mencari tjuan khadiran Mohd ***** (nama si polan)... Tp cinta yg blm halal x mgkin diberkati..."

ALHAMDULILLAH.... TJ benar-benar bersyukur kerana hati sahabat TJ tidak buta hanya kerana cinta manusia walaupun sebelumya dia ada menyatakan tentang rasa 'sakit' kerana bakal kehilangan lelaki tersebut.

TJ pun sebenarnya kecewa juga dengan sikap acuh tak acuh si polan tu. Bukankah sahabat TJ ni dah bagitahu awal-awal, hubungan yang dibina bukanlah suka-suka atau sekadar untuk mengisi masa lapang. Tapi 'Hubungan yang dibina adalah untuk menuju keluarga sakinah'. Mungkin si polan tu tak faham akan makna yang ada pada ayat tu. Paling penting, Allah nak bagi pengajaran untuk sahabat TJ tu. Mudah-mudahan sahabat TJ dapat terima segalanya dengan lapang dada dan jiwa yang tenang.

Anyway, TJ benar-benar lega selepas melihat SMS "...cinta yg blm halal x mgkin diberkati...". Ayat yang terbit di skrin telefon TJ menunjukkan bahawa sahabat TJ masih kuat berpegang pada janji Allah...


Duhai perempuan....
Duhai wanita....

Jangan pernah engkau rendahkan martabatmu...
Engkau terlalu mulia sebagai wanita dan ibu...
Maka jagalah akhlakmu....
Jagalah lakumu....
Jangan tersadung di lubuk palsu...

Kalau kita sayangkan manusia...
Belum tentu dia sayang kat kita...
Tapi...
Kalau kita sayang kat Allah SWT...
Dia sememangnya sayang kat hamba-Nya
Dan kita tak akan kecewa...


Sejujurnya, TJ gembira ada sahabat macam dia. Dia jujur memberi pandangan di saat TJ memerlukan. Dia juga takkan merajuk sekiranya TJ menegur atau menasihatinya.

Kepada sahabat TJ, TJ harap dia akan selalu kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup yang pelbagai. Sesungguhnya ujian itu tanda Allah sayangkan kita, untuk memantapkan lagi iman yang ada dalam diri kita.

Percaya dan yakinlah...
Kita takkan pernah kecewa dengan DIA!!!

~Tinta Jiwa

Friday, September 9, 2011

Aku = Tinta Jiwa @ TJ

Assalamualaikum..

Cuti ada esok sehari je lagi. Dah seminggu tak ke sekolah, demam punya pasal (*_*)

Ubat yang doc bagi pun belum habiskan lagi. Sepatutnya, esok kena habiskan antibiotik jenis Erythromycin Es 400mg, tapi disebabkan selalu terlupa, kena ambil masa lagi 3 hari baru boleh habiskan :-(

Triprolidine HCL 2.5mg + pseudoephedrine 60mg pulak makan dua kali je. Sebenarnya sengaja tak makan banyak kali sebab lepas makan tu rasa mengantuk sangat2 yang memang tak boleh nak control. So, daripada tergendala kerja-kerja yang ada disebabkan oleh tidur, lebih baik cuba bertahan dengan kesihatan yang kurang baik ni. Lagipun bukannya teruk sangat pun. Kalau teruk sangat-sangat, confirm la sanggup makan ubat walaupun kesannya ialah mengantuk dan menyebabkan tidur 3 hari 3 malam. hehe

Anyway, sebenarnya hati ni sedang risau yang teramat sangat! That why merepek tak tentu pasal. huhu

p/s : Rasanya tak nak ber'aku2' lagi dah. Lepas ni nk berbahasa sikit. 'aku' akan ditukarkan kepada nama (Tinta Jiwa atau pun akronimnya TJ) Nanti tak de la nampak kasar sangat bahasa tu bila menulis. ngeee (*_*)

Thursday, September 1, 2011

Selamat Berhari Raya Kawan-kawan

Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam perlindungan Allah SWT hendaknya.

Macam mana raya? Best tak sambut raya?

Mesti la best, kan?

Confirm raya sakan ni...

Sebut je raya memang la best. Betol tak? Sebab..... Bukan setakat dapat makan kueh banyak-banyak, tapi dapat duit raya pun banyak! (*_*)


Hmm... Esok nak buat apa ye? Pergi beraya rumah kawan-kawan best gak ni . Pertama-tamanya pergi beraya rumah Kak Nor. Lepas tu ajak Kak Nor pergi jumpa Ja and Ain.. Kalau dapat jumpa ngan D, Kak Zah and Siti sekali kan best...

Kalau mintak ngan ayah nak pergi sampai rumah D, gerenti ayah tak bagi punya! :'(

Takut kita hilang la tu pergi jauh-jauh. huhu

Nampaknya, kena tunggu sekolah bukak juga la ni.... ;-(

Sekolah?? Malasnya nak gi sekolah tapi excited sebab dapat berkumpul balik ngan kawan-kawan. Horayyy!!

Kawan-kawan kat sekolah tu, nanti kita jumpa ek!

Selamat Berhari Raya buat korang sume.. Maaf zahir dan batin yek!



SELAMAT MERAIKAN AIDILFITRI.......
~Tinta Jiwa
~