Saturday, January 7, 2012


Assalamu'alaikum w.b.t...

Semoga kalian dalam redha Ilahi.

Siang tadi, saya dan Miss jaja (Norhapiza) sempat lepak-lepak di Popular. Sepetang di sana. Apa lagi, 'tarik' jugak sebuah dua buku bawak balik. Memang pantang tengok buku, kalau boleh nak borong sampai kosong kedai tu. haha. Tapi nak buat macam mana, kena control2 jugak, beli
banyak-banyak sekaligus, tak terbaca pulak dalam masa terdekat ni. (actually tak cukup bajet. haha)

Ni dia dua buah buku yang saya 'rembat' siang tadi.



Ajarkan aku wahai Ibu

"Adakalanya aku buta dalam cahaya

Adakalanya aku kabur dalam sinar

Adakalanya aku lalai dalam senang

Lalu, ajarkan aku wahai ibu

Kerana... redhamu adalah syurga buatku."


Saya terpaut dengan kata-kata ni yang tertulis kat cover depan. Mengingatkan saya kepada ibu saya, Bonda Meryam.

Semoga dapat saya manfaatkan segala apa yang ingin disampaikan oleh bonda melalui buku ni. InsyaAllah...

Dan ini.....

Cinta Kembali Bertasbih









Karya A.Ubaidillah Alias





Cuba perhatikan 2 buah buku yang saya beli hari ni.
Ada perasan apa-apa tak??
Cuba compare betul-betul...


Dua-dua cover sebenarnya warna hijau ^_^

Hari ni hari hijau saya kut. Sampaikan buku yang saya pilih pun warna hijau.
-_-

Miss Jaja pun beli 2 buah buku jugak. Aik, sama yer? Tak, tak sama. Bajet Miss Jaja terlebih nampaknya kali ni sebab buku yang beliau beli tu hampir sekali ganda lebih harganya berbanding buku yang saya beli, iaitu 'Selamatkan Dirimu Dan Keluargamu Dari Azab Api Neraka' dan satu Diari Muslim. Tapi takpe, melabur untuk ilmu tak rugi sesen pun! Buktinya, kalau kena dengan caranya (baca dan amalkan), kita akan dapat lebih lagi, malah berkali-kali ganda berbanding harga yang dibayar. Tambahan pulak, bahan bacaan yang bermanfaat boleh jadi 'saham' kita di akhirat kelak.
Tak rugi, kan? Untung ada la! =)


Maaf, gambar 'dicuri' dari google je sebab Miss Jaja dah bawak buku yang dibelinya balik ke dorm. Tak sempat nak snap dulu ^_^

Sepetang kat beberapa buah kedai buku tadi, tercari-cari jugak 'Travelog Iran' yang Adeq Nurul Hidayah dah lama duk carik2 tu. Tapi takde jugak. Takde rezeki lagi nampaknya Adeq Nurul nak baca buku tuh. Sabar ye Dik Nurul. Sabar tu kan separuh daripada iman. ^_^


Okeylah ye, sampai sini dulu ye. Teruskan membaca.

Mantapkan jiwa dengan membaca!

Semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita.

~Tinta Jiwa

p/s: Miss Syida tak dapat ikut kami jalan-jalan. Maklumlah, esok Miss Syida exam, so kena la study lebih. Agak frust juga sebab tak dapat melakar kenangan bersama kali ni. rindu kenangan 2009 kita kat bandar nih!

Orang-Orang Tak Pernah Tahu

Orang-orang tak pernah tahu,
kenapa Sang Hati begini dan begitu,
dan sememangnya mereka tak pernah ingin tahu....

Orang-orang tak pernah tahu,
derita yang dilalui sekeping hati itu,
mereka hanya tahu berkata ini dan itu,
tanpa tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Orang-orang tak pernah tahu,
penyebab kepada segala yang berlaku,
kerana mereka tak pernah cuba untuk cari tahu,
dan hanya tahu berkata ini dan itu.

Orang-orang tak pernah tahu,
Sang Hati juga ingin begini dan begitu,
tanpa meminta kepada yang di sini atau yang di situ,
hanya inginkan segala dari Yang Satu.

Orang-orang tak pernah tahu,
mengapa Sang Hati berbuat begini dan begitu,
apakah sekadar menyiram hati yang membeku,
atau ingin jadi selain dari itu.

Orang-orang tak pernah tahu,
apa yang Sang Hati mahu,
memang mereka tak pernah tahu,
kerana Sang Hati tak pernah kasi tahu.

Orang-orang tak pernah tahu,
Sang hati ingin sekali melontar segala yang ada di hatinya itu,
dengarkan kepada Sang Hati itu,
biar terdedah kehendak hati yang membeku.

Orang-orang tak pernah tahu,
Sang Hati ingin kasi tahu,
kepada orang-orang yang tak pernah tahu,
orang-orang yang hanya tahu berkata ini dan itu.

Orang-orang yang tak pernah tahu,
bersedialah untuk tahu,
Sang Hati pasti kasi tahu sama kamu,
apa sebenarnya yang telah berlaku!

TJ
07012012

Friday, January 6, 2012

Assalamu'alaikum w.b.t...


Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan meninggalkan jejak di sini.
Macam mana dengan entry sebelum ni, sahut cabaran membaca tak?
Kalau ya, sila teruskan yea!
Mantapkan jiwa dengan membaca!

Saya sedang 'berhijrah' dengan novel sejarah Islam, karya Abdul Latip Talib -_-


DISEMBER  2010


Ini, entry pertama 2012 saya. Hari ni, saya tinggalkan satu puisi di sini.

Semoga Allah meredhai perjalanan kita... Amin....


Tika ku menutup mata,
Sepi kunjung tiba,
Mengharap kekuatan jua yang menerpa.

Tika ku berdiri,
Mereka teguh bersamaku,
kala ku jatuh,
Mereka sekadar menunduk,
Melihat kutersungkur,
Tiada huluran tangan dihulur.

Dunia...
Hakikatnya tiada siapa bersamaku,
Tiada siapa mampu,
Menyelami hatiku hingga ke dasarnya,
Melainkan Dia,
Hanya Dia yang akan bersamaku,
Selalu,
Hingga ke akhir waktu.

Aku akhirnya nekad!
Ku palingkan wajahku dari semua,
Daripada terus ditoreh duka,
Calar lukaku tak pernah hilang parutnya,
Lalu kupergi,
Meninggalkan segala.

Kubuka langkahanku seluasnya,
Kuberlari hentinya tiada,
Tujuku ke penghujung dunia,
Membawa diri hanya kepada-Nya.

Mataku terpejam...
Kukatup rapat...
Menunduk...
Tidak mahu terus mendabik dada,
Lalai...
Alpa dengan kurniaan-Nya.

Ku berserah apa adanya,
Hanya kepada Dia,
Kusandarkan segala,
Hingga hari akhirku tiba.

Ku pejam rapat mataku,
Gelap menyelubungi waktu,
Dan aku hanya dengan-Nya,
Dia Yang Menciptakanku,
Berdua...
Bersama Tuhanku...

~TJ