Tuesday, August 30, 2011

Borak-borak 1 syawal

Assalamualaikum... Salam 1 Syawal!!



Selamat pagi semua.... Pagi ke? Ala, lagi setengah jam nak masuk waktu tengah hari, kira still pagi lagi la ni, kan?

Borak-borak 1 Syawal...

Hmm... Actually, boring sangat-sangat ni. That why ada masa untuk update blog ni. Menitiskan setitis dua tinta sempena Syawal.

Tanpa berlengah lagi, Tinta jiwa nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN' buat semua teman-teman yang sudi singgah di blog Tinta Jiwa yang tak seberapa and langsung tak menarik ni. Mohon maafkan segala salah dan silap Tinta Jiwa di sepanjang penulisan ni. Hiruplah tiap-tiap barakah yang ada dalam titisan tinta di sini dan tinggalkanlah segala yang mendukacitakan di tapak maya ini.

Semoga Syawal yang penuh kedamaian ni memberikan sejuta ketenangan kepada kita. Lebih-lebih lagi semoga Allah merahmati dan memayungi kita dengan kasih dan cinta-Nya, amin...

~Selamat Berhari raya Tinta Jiwa

Monday, August 29, 2011

Assalamualaikum...

Sekali lagi kita bertemu di malam Syawal ni.. cam hepy je bunyik?
Memang!! Hepy sangat-sangat!
Kenapa?
Sebab baru dapat baju raya!!!!
Horayyy!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hepy giler ni.... =)
(Terus tersenyum + tersengih-sengih mengalahkan kerang wangi)

Maunya tak hepy. Pada awalnya,aku ingat baju raya dah tak sempat siap dan secara langsungnya kira tak ada baju raya la tahun ni. Tapi beberapa minit yang lalu, tailor yang baru saja aku kenal dua tiga bulan lepas datang ke rumah, hantarkan baju aku and adik-adik lagi dua orang tu... Walaupun sepasang je yang sempat siap, tapi aku bersyukur sangat-sangat.

Hmmm.. malam ni catat sejarah baru. Maklumlah, sebelum ni tak pernah pun baju raya siap malam raya. Kira berbaloi la aku mengamuk siang tadi.. Hahahaha! (dengan penuh kezaliman)

Sekarang, boleh teruskan persiapan untuk raya esok.

~baru ada mood untuk buat puding. Ngee...

p/s : Jemput datang ke rumah. (Jangan lupa bawak duit raya untuk Tinta Jiwa sekali.) hik3

Asalamualaikum....


Belum pun puas menghirup barakah Ramadhan, Syawal sudahpun membuka jendela. Namun, itulah hakikat yang perlu diterima. Ramadhan hadir sebulan cuma, setahun sekali pula.

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya...
Pejam celik, pejam celik, sebulan Ramadhan berlalu. Ah, pantasnya waktu berjalan. Bumi terus berputar di atas paksinya, beredar melaui orbitnya. Bermula dari sedetik, waktu berjalan tanpa henti... Mencecah minit kepada jam... Maka waktu pun terus berlalu dari sehari ke seminggu, lantas bulan berganti bulan terus ke tahun....

~waktu terus berlalu pergi

Tinta Jiwa

Wednesday, August 17, 2011

Waktu Mustajab Berdoa

Assalamualaikum....

Teman-teman blog apa khabar ye? Semoga semuanya sihat dan baik-baik saja, insyaAllah..
Jarang update blog ni, busy la konon. ngeeee... Dalam kelapangan ni, aku nak catatkan satu pengisian kat sini. At least dapat jugak bagi manfaat kepada teman-teman yang singgah di sini.

Jom pakat tengok!!

Waktu Mustajab Berdoa:

1. Selepas azan

2. Antara iqamah dan sembahyang

3. Antara dua khutbah Jumaat

4. Waktu sahur

5. 1/3 malam

6. Waktu hujan turun

7. Di medan peperangan yang terlalu sengit

8. Semasa melihat kaabah

9. Ketika tawaf dan saie

10. Selepas setiap kali mendirikan sembahyang

11. Ketika berpuasa wajib atau sunat

12. Semasa dalam kesusahan serta penderitaan

13. Selepas membaca Al-Quran

14. Waktu hampir berbuka puasa

15. Semasa minum air zam-zam

16. Ketika ayam berkokok (waktu pagi/subuh)

17. Semasa berkumpul di majlis zikir


So, jangan sia-siakan baraqah yang ada sepanjang Ramadhan ni. ;-)

Selamat berpuasa & salam Nuzul quran,
~Tinta Jiwa

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan: 9

09/08/2001
Hari kesembilan berpuasa.

Semoga perkongsian-perkongsian yang ada di sini mendatangkan manfaat untuk semua =)

Di bawah ini disenaraikan Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) (No. 93 (1/10) pada 23 – 28 Safar Tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997) Mengenai Perkara-perkara yang Tidak Membatalkan Puasa.

A:
1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukkan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4. Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/ rahim atau alat ke dalamnya. (Contoh: alat pencegah kehamilan – IUCD).

5. Memasukkan teropong ke dalam salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.

6. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

7. Membasuh mulut, bekumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

8. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah, seperti glukos yang boleh mengenyangkan.

9. Oksigen dan gas bius.

10. Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.

11. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

12. Sesalur dan bahan perantara untuk artehografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

13. Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

14. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.

15. Tropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.

16. Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.

17. Muntah secara tidak sengaja.

B:
Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.
Tambahan dari keputusan “Seminar Fiqh Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morocco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah bahawa perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

-Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

(Risalah Puasa dan Ramadhan)

~Semoga setiap amalan yang kita lakukan akan diangkat naik dan diterima-Nya.

Selamat berpuasa,
-Tinta Jiwa -