Assalamualaikum..
Apa khabar teman-teman? Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan Allah S.W.T, insyaAllah..
Alhamdulillah..
Syukur dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita terus menghirup nikmat-Nya yang ada di dunia ini. Semoga setiap apa yang kita reguk, dapat mendekatkan kita kepada-Nya... InsyaAllah...
Sebenarnya, TJ nak buat satu entry istimewa untuk sahabat TJ. TJ sayang dia. Sayang kerana Allah dan nak masuk syurga sama-sama. Sesekali takkan TJ biarkan dia patah hati terkontang-kanting seorang diri.
Malam tadi, TJ dapat satu SMS daripadanya bertanyakan khabar TJ. Selepas berbalas beberapa SMS, TJ dapat rasakan seperti ada sesuatu yang ingin diutarakan oleh beliau. Mengenai hati. Ya, HATI... Maksudnya di sini bukanlah TJ ni pandai bernujum, tapi disebabkan TJ cukup kenal dengan sikap sahabat yang seorang ni, maka TJ dapat menekanya lebih awal.
Selepas menerima beberapa mesej, barulah TJ faham yang sahabat seorang ni sedang makan hati berulam jantung dengan pasangan couplenya.
Paling menarik, SMSnya berbunyi lebih kurang begini:
"...Sblm trima dia, sy dh smbhyang hajat pinta mencari tjuan khadiran Mohd ***** (nama si polan)... Tp cinta yg blm halal x mgkin diberkati..."
ALHAMDULILLAH.... TJ benar-benar bersyukur kerana hati sahabat TJ tidak buta hanya kerana cinta manusia walaupun sebelumya dia ada menyatakan tentang rasa 'sakit' kerana bakal kehilangan lelaki tersebut.
TJ pun sebenarnya kecewa juga dengan sikap acuh tak acuh si polan tu. Bukankah sahabat TJ ni dah bagitahu awal-awal, hubungan yang dibina bukanlah suka-suka atau sekadar untuk mengisi masa lapang. Tapi 'Hubungan yang dibina adalah untuk menuju keluarga sakinah'. Mungkin si polan tu tak faham akan makna yang ada pada ayat tu. Paling penting, Allah nak bagi pengajaran untuk sahabat TJ tu. Mudah-mudahan sahabat TJ dapat terima segalanya dengan lapang dada dan jiwa yang tenang.
Anyway, TJ benar-benar lega selepas melihat SMS "...cinta yg blm halal x mgkin diberkati...". Ayat yang terbit di skrin telefon TJ menunjukkan bahawa sahabat TJ masih kuat berpegang pada janji Allah...
Duhai perempuan....
Duhai wanita....
Jangan pernah engkau rendahkan martabatmu...
Engkau terlalu mulia sebagai wanita dan ibu...
Maka jagalah akhlakmu....
Jagalah lakumu....
Jangan tersadung di lubuk palsu...
Kalau kita sayangkan manusia...
Belum tentu dia sayang kat kita...
Tapi...
Kalau kita sayang kat Allah SWT...
Dia sememangnya sayang kat hamba-Nya
Dan kita tak akan kecewa...
Sejujurnya, TJ gembira ada sahabat macam dia. Dia jujur memberi pandangan di saat TJ memerlukan. Dia juga takkan merajuk sekiranya TJ menegur atau menasihatinya.
Kepada sahabat TJ, TJ harap dia akan selalu kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup yang pelbagai. Sesungguhnya ujian itu tanda Allah sayangkan kita, untuk memantapkan lagi iman yang ada dalam diri kita.
Percaya dan yakinlah...
Kita takkan pernah kecewa dengan DIA!!!
~Tinta Jiwa
No comments:
Post a Comment