Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan: 9

09/08/2001
Hari kesembilan berpuasa.

Semoga perkongsian-perkongsian yang ada di sini mendatangkan manfaat untuk semua =)

Di bawah ini disenaraikan Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) (No. 93 (1/10) pada 23 – 28 Safar Tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997) Mengenai Perkara-perkara yang Tidak Membatalkan Puasa.

A:
1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

2. Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3. Memasukkan ubat melalui faraj, memasukkan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).

4. Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/ rahim atau alat ke dalamnya. (Contoh: alat pencegah kehamilan – IUCD).

5. Memasukkan teropong ke dalam salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray atau lainnya.

6. Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

7. Membasuh mulut, bekumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

8. Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah, seperti glukos yang boleh mengenyangkan.

9. Oksigen dan gas bius.

10. Bius menggunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan.

11. Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.

12. Sesalur dan bahan perantara untuk artehografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.

13. Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.

14. Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain untuk ujian makmal.

15. Tropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya.

16. Memasukkan ubat atau alat ke dalam otak.

17. Muntah secara tidak sengaja.

B:
Jika tidak memberi mudarat, para doktor muslim hendaklah menasihati pesakit untuk menangguhkan dulu rawatan yang meragui sehingga selesai puasa.
Tambahan dari keputusan “Seminar Fiqh Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morocco, 8-11 Safar 1418/14-17 Jun 1997. Pendapat majoriti peserta menambah bahawa perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

-Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.

(Risalah Puasa dan Ramadhan)

~Semoga setiap amalan yang kita lakukan akan diangkat naik dan diterima-Nya.

Selamat berpuasa,
-Tinta Jiwa -

No comments: