Saturday, January 7, 2012


Assalamu'alaikum w.b.t...

Semoga kalian dalam redha Ilahi.

Siang tadi, saya dan Miss jaja (Norhapiza) sempat lepak-lepak di Popular. Sepetang di sana. Apa lagi, 'tarik' jugak sebuah dua buku bawak balik. Memang pantang tengok buku, kalau boleh nak borong sampai kosong kedai tu. haha. Tapi nak buat macam mana, kena control2 jugak, beli
banyak-banyak sekaligus, tak terbaca pulak dalam masa terdekat ni. (actually tak cukup bajet. haha)

Ni dia dua buah buku yang saya 'rembat' siang tadi.



Ajarkan aku wahai Ibu

"Adakalanya aku buta dalam cahaya

Adakalanya aku kabur dalam sinar

Adakalanya aku lalai dalam senang

Lalu, ajarkan aku wahai ibu

Kerana... redhamu adalah syurga buatku."


Saya terpaut dengan kata-kata ni yang tertulis kat cover depan. Mengingatkan saya kepada ibu saya, Bonda Meryam.

Semoga dapat saya manfaatkan segala apa yang ingin disampaikan oleh bonda melalui buku ni. InsyaAllah...

Dan ini.....

Cinta Kembali Bertasbih









Karya A.Ubaidillah Alias





Cuba perhatikan 2 buah buku yang saya beli hari ni.
Ada perasan apa-apa tak??
Cuba compare betul-betul...


Dua-dua cover sebenarnya warna hijau ^_^

Hari ni hari hijau saya kut. Sampaikan buku yang saya pilih pun warna hijau.
-_-

Miss Jaja pun beli 2 buah buku jugak. Aik, sama yer? Tak, tak sama. Bajet Miss Jaja terlebih nampaknya kali ni sebab buku yang beliau beli tu hampir sekali ganda lebih harganya berbanding buku yang saya beli, iaitu 'Selamatkan Dirimu Dan Keluargamu Dari Azab Api Neraka' dan satu Diari Muslim. Tapi takpe, melabur untuk ilmu tak rugi sesen pun! Buktinya, kalau kena dengan caranya (baca dan amalkan), kita akan dapat lebih lagi, malah berkali-kali ganda berbanding harga yang dibayar. Tambahan pulak, bahan bacaan yang bermanfaat boleh jadi 'saham' kita di akhirat kelak.
Tak rugi, kan? Untung ada la! =)


Maaf, gambar 'dicuri' dari google je sebab Miss Jaja dah bawak buku yang dibelinya balik ke dorm. Tak sempat nak snap dulu ^_^

Sepetang kat beberapa buah kedai buku tadi, tercari-cari jugak 'Travelog Iran' yang Adeq Nurul Hidayah dah lama duk carik2 tu. Tapi takde jugak. Takde rezeki lagi nampaknya Adeq Nurul nak baca buku tuh. Sabar ye Dik Nurul. Sabar tu kan separuh daripada iman. ^_^


Okeylah ye, sampai sini dulu ye. Teruskan membaca.

Mantapkan jiwa dengan membaca!

Semoga Allah meredhai perjalanan hidup kita.

~Tinta Jiwa

p/s: Miss Syida tak dapat ikut kami jalan-jalan. Maklumlah, esok Miss Syida exam, so kena la study lebih. Agak frust juga sebab tak dapat melakar kenangan bersama kali ni. rindu kenangan 2009 kita kat bandar nih!

No comments: