Wednesday, October 5, 2011

Meniti Sebuah Perjuangan

Lautan itu tampak tenang
Lalu kuredah membelah lautan
Meniti sebuah perjuangan....

Pada tenang lautan membiru
Kumerenung jauh
Menerobos langit yang kelabu
Hari-hari mendatang itu
Tiada siapa pun yang tahu

Pada janji yang aku patrikan
Aku bangkit berjuang
Menangkis rintangan
Menggapai kata yang menanti tuk dikota

Bukan mudah
Dan pastinya teramat payah
Getir ini hanya aku
Dan mereka
Yang menelannya

Aku
Sentiasa bersama aku
Melayari getir waktu
Hanya bersama jiwaku
Dan tak pernah mereka tahu
Kerana aku
Tak pernah ingin mereka tahu

Biar aku
Hanya bersama diriku
Menelan segala getir kepayahan
Untuk menghadapi kelam detik ini

Sungguh....
Tiada siapa yang mengerti
Melainkan hanya Tuhanku Yang Maha Mengetahui....

Walau kubilang kupasrah
Redha dengan segala ketentuan
Tapi aku yang punya jiwa manusia
Pasti akan terpalit luka yang tiada taranya....

Kerana
Hanya DIA Yang Maha Mengetahui
Mengerti
Tiap getaran yang ada di jiwa ini....

Maka
Kukuduskan doa
Penuh pengharapan hanya dari-Nya
Moga jaya itu telah dijanjikan untukku

Semoga aku takkan pernah berhenti berusaha
Dan
Sentiasa berdoa
Tanpa pernah ada noktahnya....

Tinta Jiwa
~Disapa damai Sang Bayu bersama bunyi desiran ombak

No comments: