Perkongsian baru.
Aku nak kongsikan sebuah cerpen yang aku buat lima tahun lalu.
Cerpen??
Ya, cerpen.
Cerpen ni aku buat masa form 5 (2006).
Entah apa-apa cerpen ni, tajuk pun aku tak tulis.
Tapi hari ni aku nak bagi tajuk. Adik aku suggest tajuk 'penantian', so aku nak bagi tajuk 'Sebuah Penantian' kat cerpen ni.
~Adik aku marah kemain lagi bila aku taruk tajuk ni. Salah penjodoh katanya, merosakkan bahasa la tu...
So, aku tukar la tajuknya kepada 'SATU PENANTIAN'.
Cerpen ni aku buat sebagai homework yang cikgu WSH bagi.
Kandungannya kurang memuaskan. Bila aku baca balik, cerita pendek ni macam tergantung je. cuma sedikit teknik imbas kembali kehidupan lampau Alia tu je membantu menyampaikan motif cerita aku ni.
Anyway, aku tetap hepy sebab dapat siapkan cerpen ni.
Cerpen pertama ni. heeeee....
enjoy it!!
> SATU PENANTIAN <
“Lia sihat? Macam mana dengan kerja, semua okey?”
“Alhamdulillah. Lia sihat walafiat. Kerja pun okey. Semua berjalan lancar. Macam mana bu, ada apa-apa berita?” Alia menyoal ibu angkatnya, Ibu Kartina. Dia merenung wajah yang berada di depannya.
Alia mendongak. Dia terkebil-kebil memandang siling. Wajah Ibu Kartina bersilih ganti pula dengan wajah ibu angkatnya dahulu, Umi Kaltsom. Perasaan Alia tidak ketentuan bila teringan jeritan dan piatan di telinga ketika dia masih kecil. Dan waktu itu tiada seorang pun yang hadir untuk membantu.
Dia tidak boleh lupa pada sepasang suami isteri yang mengambilnya sebagai anak angkat selepas ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya di sebuah pasar ketika dia berusia tujuh tahun. Pengalamannya menjadi peminta sedekah tidak boleh dilupakan. Setahun tahun pertama menjadi anak angkat mereka amat menggembirakan. Ini kerana bapa angkatnya merupakan seorang yang penyayang. Tapi selepas kematian bapa angkatnya, segalanya terus berubah. Dia diminta menjadi peminta sedekah dan seringkali dipukul.
Tiga tahun beribu angkatkan perempuan itu amat menakutkan hidupnya. Pantang silap, pasti telinganya merah-merah dipiat. Tidak boleh terlewat sedikit melakukan tugas yang diberi, pasti renungan tajam terpancar di mata perempuan itu.
“Lia, kenapa ni? Ibu tengok, Lia ni asyik mengelamun je.” Ibu Kartina menegur setelah melihat anak gadis itu termenung jauh.
“Entahlah bu... Cuma sejak akhir-akhir ni, memori kehidupan Lia sering menjelma.”
“Mungkin sebab Lia terlalu banyak berfikir. Tambahan pulak sekarang ni kita dalam pencarian siapa ibu bapa kandung Lia.” Ibu Kartina cuba menenangkan hati Alia yang gundah.
“Ibu ada hal nak bincang dengan Lia. Tu pun kalau Lia tak ada apa-apa urusan.”
“Tentang apa bu?”
“Tentang ibu bapa kandung Lia.”
“Lia balik pun sebab perkara tu. Ada apa-apa perkembangan ke semenjak pemergian Lia selama sebulan?” Soalnya lagi.
“Ibu dah siasat tentang latar belakang mereka.Ibu pun dah tahu di mana mereka tinggal. Ibu rasa nak pergi cari dia orang.” Alia terdiam. Hatinya tersayap pilu. Ibu Kartina amat prihatin terhadap dirinya. Tidak mungkin dia akan melupakan wanita yang banyak memberinya semangat untuk meneruskan kehidupan dahulu.
“Terima kasih bu. Lia tak tahu macam mana nak balas budi baik ibu pada Lia. Terlalu besar pengorbanan ibu.” Mata Alia mula berkaca. Dia memeluk erat Ibu Kartina.
Alia duduk dengan menongkat dagu sambil merenung wajahnya di kaca. Alia... Alia.. Sampai bila agaknya pencarian kau akan berakhir? Ah...Semuanya hampir berakhir. Getus hatinya.
Pencarian Alia itu telah membawanya jauh dari kota hingga ke Kampung Simpang Tiga. Harapannya, dapat menenangkan diri ketika bertemu emak sebenarnya, Hajah Aisyah dan ayahnya, Haji Kadir. Alia mendapat tahu bahawa mereka telah menunaikan rukun islam yang ke lima dua tahun yang lalu.
Sudah hampir semua rumah di kampung itu mereka pergi, tapi masih tidak menemui di mana rumah ibu bapa Alia. Semangat Alia makin luntur. Sepanjang mencari, dia asyik mengeluh. Dia hampir berputus asa. Tetapi seringkali ditenangkan oleh Ibu Kartina. Alia bersahaja memandang ibu angkatnya yang tenang. Alia semakin kagum.
“Ibu nak pergi tanya dengan mak cik kat rumah tu kejap. Lia nak ikut tak?” Pertanyaan ibu Kartina mengejutkan lamunan Alia. Dia menoleh dan menatap wajah tua di hadapannya. Dia mengelengkan kepalanya. Ibu Kartina hanya tersenyum.
Kenapa lama sangat ni? Alia tertanya-tanya sendiri setelah agak lama menunggu. Dia sudah tidak tahan dengan kepanasan di dalam kereta. Sepuluh minit selepas itu, Ibu Kartina meluru mendapatkannya di dalam kereta. Alia dapat merasakan ada berita gembira apabila Ibu Kartina mengajaknya masuk ke dalam rumah. Alia akur.
“Lia... anak mak!” Seorang wanita dalam usia 60-an berlari ke arah Alia dan terus memeluknya.
“Maafkan mak, Lia” Hajah Aisyah masih belum meleraikan pelukannya.
Alia hanya mendiamkan diri dan kemudian bersuara.
“Lia faham mak. Keadaan yang memaksa mak dan ayah lakukan semua tu. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak mereka?”
Hajah Aisyah terkedu. Dia menyesal membuang anak sebaik Alia. Semakin lama, sedunya semakin kuat kedengaran. Alia juga tidak dapat menahan dirinya daripada mengalirkan air mata setelah berjumpa dengan orang yang bertahun-tahun dicarinya.
“Ayah mana, mak?” Pertanyaan Alia menyentuh hati kecil Hajah Aisyah.
“Ayah kamu dah meninggal tiga bulan yang lalu nak, mereka meninggal dalam kemalangan jalan raya.
“Mereka? Apa maksud mak?” Suara Alia sedikit resah. Adakah dia mempunyai saudara kandung yang lain? Dia mula tertanya-tanya.
“Abang kau, nak. Abang dan ayah kau bekerja sebagai pemandu lori. Suatu hari, lori yang mereka naiki dirempuh dari belakang dan terbatas lalu terjatuh ke dalam gaung.”
Alia tidak menyangka ayah dan abangnya meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan. Keesokan paginya Alia, Ibu Kartina, dan Hajah Aisyah bertolak ke kubur yang terletak di Kampung Simpang Tiga. Alia berasa sangat sedih kerana tidak sempat menemui arwah ayah dan abangnya.
Alia tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan supaya roh ayah dan abangnya ducucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Dia juga mendoakan semoga roh arwah ayah dan abangnya sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh serta dari kalangan wali-wali Allah. Ini kerana Alia tahu, apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dapat memberikan manfaat, dan anak yang boleh serta solehah yang akan mendoakannya.
Petang itu Alia membawa ibunya pulang ke kota. Mereka akan memulakan hidup baru. Alia juga telah berjanji dengan dirinya bahawa dia akan menjaga ibunya sebaik mungkin kerana dia sedar bahawa syurga berada di bawah tapak kaki ibu. Alia berharap agar pencariannya selama ini sudah hidupnya bahagia dan diredhai serta dirahmati oleh Allah S.W.T.. Itulah doa Alia...
Cerpen oleh;
Tinta Jiwa
> Disemak oleh ;
WSH
No comments:
Post a Comment