Friday, June 24, 2011

SENYUMKU

Izinkan aku menahan senyuman.

Aku tak betah terus berpura.

Kanvasku ini, biarlah aku melakarnya...


SENYUMKU...


Senyumku itu berharga

Mahal penuh nilainya

Bila aku tertawa

Maknanya terlakarlah bahagia


Senyumku itu kecewa

Tanda aku berselindung rasa

Melakar senyum sesinis Cuma

Semoga tak terzahir segala duka


Senyumku itu kesakitan

Sekadar menghijab kebenaran

Walau jelas terpampang

Semakin suram liku-liku di depan


Senyumku itu amanah

Kerana berpegang janji Allah

Sabar kerana yakin dan percaya

Walau terkadang terasa segalanya dusta


Senyumku itu

~Tinta Jiwa~

No comments: