Senyuman itu telah pergi,
Bahagia itu telah hilang,
Kasih itu telah pudar,
Segalanya mula terasa getir...
Akulah yang salah,
Aku terlalu menjeruk jiwa,
Akulah yang khilaf,
Aku terlalu mengait rasa...
Akulah yang bersalah,
Dan aku disalahkan,
Aku terhukum kerana kesalahan mereka...
Akhirnya aku yang durja sendiri...
Terus menyepi begini...
Tiada lagi senyum terlakar,
Segalanya terlalu perit untuk ditelan...
Dunia ini ku rasa terlalu sempit untuk ku terokai,
Gunung-ganang pula terlalu tinggi untuk ku daki......
Tinta Jiwa
~Jangan disimbah cuka pada aku yang sedia terluka!
No comments:
Post a Comment