Hening pagi ini
Ku lapangkan dada
Mencari secebis ketenangan
Memohon segenggam kemaafan
Bersama segunung kesabaran
Bukan kupinta dimengerti
Jauh sekali difahami
Pintaku sekadar kau selami
Cuba membayangkan menapak di telapakku ini
Sungguh
Takkan pernah kau rasai
Beban-beban rasaku ini
‘Usah disimpan,
Usah difikirkan,
Hilangkan...
Biarkan berlalu bersama waktu.’
Itulah tempias katamu selalu
Aku kecewa
Kecewa kerana tak pernah kau cuba jiwai
Tiap rasa yang berdetik di hatiku ini
Kecewa bersama luka
Biarkan aku minggir
Membawa luka rasaku ini
Biarkan aku pergi
Jauh dari lakonan pura-puramu
Aku tak betah sejalan denganmu
Biarkan aku menapak pada jalanku
Takkan lagi kupinta kau bersamaku
Biarkan aku sendiri
Mencari jalan menuju Tuhanku
Biarkan aku sendiri
Menapak jalanku ini
Biarkan....
Biarkan aku
Hanya bersama aku
Dan Tuhanku...
Tinta Jiwa
~Membawa luka
No comments:
Post a Comment