Friday, June 24, 2011

Luka-luka Jiwaku

Gerimis tangis menitis

Lutsinar dari penglihatan

Wujudnya pada hati dari perasaan

Hanya yang menyelami mampu bersentuhan


Aku terluka, aku terluka

Bukanlah aku ini robot tanpa jiwa

Tetapi aku manusia yang punya hati jua

Tidak perlu kau fahami aku untuk mengertinya


Tidak perlu kau layani aku kerana siapa aku

Tetapi pandanglah aku sebagai manusia

Bukannya malaikat yang siap taat perintah-Nya

Bukannya syaitan yang tetap berpaling walau sedar kebenaran-Nya


Dasar jiwaku dalam

Kau hanya akan lemas menyelaminya

Sebab itu tidak pernah kupinta

Sekadar kau memandang aku sebagai manusia

Itu sudah melebihi segala


Luka-luka jiwaku

Tidak terlihat pandangan matamu

Wujudnya pada hati dari perasaan

Kerana aku hanya seorang insan


Ya, aku perlu bersabar

Ya, aku perlu teguh untuk digegar

Tetapi aku manusia

Sampai limitnya nanti

Kan tersungkur jua



~Angkasa

(Hilal Asyraf)

Langit Ilahi

17hb April 2010


No comments: